Ada yang kata, strategi lebih penting. Ada yang kata, pelaksanaan lebih penting. Kalau menurut kata Morris Chang, Ketua Pegawai Eksekutif Taiwan Semiconductor Manufacturing Company, kedua-duanya sama penting - seperti dipetik di bawah.
Without strategy, execution is aimless. Without execution, strategy is useless
Siapa pula saya untuk menidakkan orang yang mengasaskan foundri silikon terbesar di dunia dan sebahagian daripada lembaga penasihat kepada NYSE dan Standford University.
Do what you do so well that they will want to see it again and bring their friends - Walt Disney
Saya selalu percaya yang kalau nak buat sesuatu, buat sebaik yang mungkin. Sebab saya rasa, itu saja cara nak berjaya. Semua saudagar dan pemasar pun tahu. Semua orang sebenarnya tahu. Sebab itu common sense. Bukan rocket science.
Tapi, bukan semua orang pula mempraktikkannya. Sebagai contoh, saya selalu tanya sahabat-sahabatn saya yang nak mula berniaga secara kecil-kecilan. Salah satu perbualan saya dengan mereka, bunyi nya lebih kurang begini lah bunyinya:
Saya: Awak nak meniaga apa?
Kawan: Saya nak jual burger.
Saya: Burger? Kan dah banyak gerai burger kat sini. Apa hebatnya burger awak? Kenapa pula orang lain nak beli dari gerai awak?
Kawan: ...
Apa yang saya nak cuba sampaikan di sini, barangkali, mungkin boleh difikirkan cara untuk menjadikan burger tersebut hebat, mungkin sahabat saya tadi boleh mencipta sos atau gravy istimewa. Atau mungkin, gerai beliau dikendali hanya oleh gadis-gadis muda yang ramah dan ceria (mungkin pendek akal bunyinya, tapi sepanjang pemerhatian saya rata-rata gerai burger dikendalikan oleh lelaki) . Pelbagai kaedah sebenarnya boleh difikirkan. Alang-alang nak buat...
Foto: Wikipedia